Ahad, 25 September 2016

BAB 10:PENYESUAIAN SOSIAL

10.1.KEMAHIRAN INTERPERSONAL
     
   Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya  Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. 

ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN INTERPERSONAL
       
       -Kepimpinan
       -Jaringan Perhubungan
       -Kerja Berpasukan

10.2.KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

  • Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.
  • Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya,apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
  • Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
  • Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri.
  • Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari                                 

                 
10.3.BELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

  • Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.
  •  Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman   pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi.
  •  Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.
  • Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semulajadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia.
  • Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubung kait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.


Menurut McMillan dan Cavis (1986),komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :--
 ¢-Keahlian
¢-Pengaruh
¢-Memenuhi keperluan individu
¢-Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

10.4. ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
~ Perkongsian maklumat menjadi satu perkara yang penting dalam menjalankan aktiviti-aktiviti  organisasi.

~  Kebanyakan cara yang digunakan untuk merealisasikan perkongsian maklumat adalah untuk meyelesaikan  sesuatu masalah.

 ~ Dalam perkongsian pengetahuan, ia memfokuskan kepada output atau keputusan yang dicapai.

~ Perkongsian maklumat adalah positif dari segi perkembangan dan inovasi, menjimatkan, meningkatkan nilai-nilai organisasi dan pembelajaran.

                
10.5.ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

  • Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik.
  • Keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM) pada tahun 1996-2000 menunjukan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
  • Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas.
  • Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal.
  • Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
  • Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
  • Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.


BAB 9:SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

BAB 8:SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

u  Ialah sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
u  Merupakan aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, program e-pembelajaran dan kadar latihan.
u  Merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU.

8.1.CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Mengikut American Society for Training & Development (ASTD,2002),perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
q  Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran.
q  Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia.
q  Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran.

Ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut :
q  Maklumat mata pelajaran.
q  Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat.
q  Kemudahan komunikasi.
q  Kemudahan penilaian.

8.2.KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

u  LMS digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.

u  LMS harus dapat melakukan perkara – perkara berikut, antaranya adalah :
  1. Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  2. Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu.
  3. Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  4. Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.
  5. Mudah alih sokongan dan standart.
  6. Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  7. Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual.
  8. Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
  9. Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
  10. Pembelajaran boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila –bila masa.
  11. LMS melibatkan kos secara efektif.
  12. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.


8.3.KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Ø  Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Ø  Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
Senaraikan open source software yang digunakan oleh lms.



  1. Moodle
  2. Adope captive
  3. Adope photoshop
  4. LINUX
  5. DOS
  6. UNIX

BAB 7:APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1.PERISIAN UTILITI

  • Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
  • Perisian utiliti terbahagi kepada dua bahagian :

1) Os based utility ; terdiri daripada 2 jenis :

i) Disk Scanner
Salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows.
Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Kesalahan yang sering ditemui disebabkan sistem yang sering rosak, aplikasi sistem tidak ditutup dengan betul, atau adanya virus dan lain-lain.

ii) Disk Defragmenter
Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya.
Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail yang bertaburan dan mengoptimumkan penempatan pada hard drive.
Mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan


2) Non os based Utility ; terdiri daripada 2 jenis :

i) Perlindungan virus
- Wajib dipasang pada setiap komputer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan komputer daripada serangan virus.
- Untuk perlindungan yang berterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus.
- Contoh ; Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-virus.

ii) Pemampatan Data
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk :
- Menjimatkan ruang penyimpanan
- Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
- Mengurangkan masa memuatturun fail
- Contoh perisian pemampatan fail yang popular :
*WinZip
*WinRAR
*PKZIP 


7.2.PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN

 Perisian ini boleh melakukan tugas seperti :
  • sunting dokumen 
  • cari dan ganti
  • cantum emel
  • nota ka
  • fungsi matematik
  • penjana indeks
  • penjana kandungan 
  • import/eksport dokumen.


 Kelebihannya :
  • Mencipta dokumen dan menyunting semula
  • Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain
  • Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip dalam cakera
  • Mencapainya di lain masa, mengubahnya atau mencetak semula

 Contoh :
  • Microsoft Word
  • Lotus  AMI Pro
  • Star Office Writter
  • Texmaker 


7.3.PERISIAN HAMPARAN KERJA

  •  Perisian hamparan kerja boleh digantikan dengan perisian hamparan elektronik


7.4.PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

  •  Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, audio, video, dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
  •  Elemen persembahan mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar, atau grafik niaga


Kelebihannya :
  • Menarik minat penonton/pengguna
  • Memberi motivasi
  • Mudah difahami

 Contoh :
  • Microsoft Powerpoint
  • Harvard Graphic
  • Loyus Freelance


7.4.PERISIAN PENGKALAN DATA

  •  Perisian pangkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem
  •  Pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta
  • Pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk :

Jadual
Angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur

Carian
Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan

Borang
Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data

Laporan
Merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari segi pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat lain

Makro
Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatik dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain

Rekod
Satu koleksi data pada satu jadual

Modul
Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro

Objek 
Satu unit yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data seperti table, report, atau form


7.5.BLOG

  •  Blog adalah bentuk Apikasi Web. Ia dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama membuat tulisan-tulisan dan gambar pada setiap halaman web. Blog biasanya dibuat sesuai dengan topik dan tujuan si pengguna blog tersebut

Fungsi Blog

  Blog sebagai media searah
- Menceritakan pengalaman penulis semata-mata hanya untuk suka-suka, kemudian menutup ruang komen bagi pembaca

Blog sebagai media dua arah
- Menceritakan pengalaman penulis serta memberi peluang kepada pembaca untuk meberi komen

Blog sebagai media pelbagai tujuan

- Contohnya untuk memberi maklumat, pendidikan, mempromosi barang, dan pengiklanan

BAB 6:KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAN BAHAN BERTULIS

Apa yang dimaksudkan dengan kemahiran memproses maklumat?Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.

Tujuan:

Tujuan memproses maklumat adalah supaya bahan berkenaan boleh menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan.

Jenis:

Terdapat dua jenis maklumat yang perlu diproses atau dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan maklumat berbentuk kualitatif. Maklumat yang berbentuk kuantitatif adalah maklumat yang berkaitan dengan nombor manakala maklumat yang berbentuk kualitatif ialah maklumat yang berdasarkan teks, lakaran, rajah dan foto/gambar.

6.1.MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL.

Analisis dimaksudkan dengan
  • ·         pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
  • ·         kemahiran berfikir asas untuk mengenal pasti sesuatu hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas
  • ·         analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif dan gigih 


Tujuan menganalisis maklumat adalah untuk
  • ·         meningkatkan kefahaman
  • ·         menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui


Terdapat dua kemahiran menganalisis secara kritis iaitu:
  • ·         menganalisis idea
  • ·         menganalisis hujah
  • Peringkat menganalisis idea
  • ·         Mengelas
  • ·         Membanding dan membeza
  • ·         Meneliti hubungan bahagian keseluruhan
  • ·         Membuat urutan

Peringkat menganalisis hujah
  • ·         Mengenalpasti unsur yang diguna dalam pemikiran seseorang.
  • ·         Mencari sebab dan kesimpulan
  • ·         Mengusul periksa andaian
  • ·         Membuat urutan yang betul
  • ·         Mengatur perkara mengikut susunan
  •  


6.2. MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

Kemahiran ini adalah untuk:
mentafsir data-data yang telah dikumpul berdasarkan :

1. JADUAL          




2. CARTA




3. GAMBAR


4. RAJAH


 dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu:


PEMERHATIAN                 



UJI KAJI



PEMBOLEH UBAH


Tujuan mentafsir maklumat dan membuat kesimpulanan adalah untuk:
·         mengesan pola atau corak berdasarkan data yang diperolehi
·         menyatakan hubungan di antara data yang dikumpulkan
·         membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
·         Antara Prinsip Asas Pentafsiran ialah :
·         data yang holistik (menyeluruh)
·         memastikan keseimbangan dalam memberi idea dan pendapat
·         pentaksiran yang tidak menepikan unsur humanistik

6.3. MENILAI MAKLUMAT

Definisi

1. Membuat pertimbangan mengenai :

  • ·         nilai
  • ·         idea
  • ·         kerja
  • ·         penyelesaian
  • ·         kaedah
  • ·         bahan
  • ·         untuk tujuan tertentu.

 2. melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan dan memuaskan.

Kriteria menilai maklumat

  • ·         Autoriti
  • ·         Ketepatan maklumat
  • ·         Saksama
  • ·         Nilai semasa
  • ·         Lengkap dan jelas
Ciri-ciri maklumat yang baik

  • ·         Tepat
  • ·         Cepat
  • ·         Lengkap
  • ·         Ringkas
  • ·         Berkaitan
6. 4. MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS

Adalah kemahiran untuk :

  • ·         mengolah
  • ·         menjadikan data dalam bentuk baru
  • ·         bersepadu
  • ·         mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru
Proses :

  • ·         menggabungkan idea
  • ·         menggubal semula
  •      menyatukan idea-idea

BAB 5:KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

5.1.CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Annotation

Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.


Contohnya : Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan pensyarah berkaitan format penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut :

    Isi kandungan
    Pendahuluan
    Refleksi pengalaman
    Fokus kajian
    Objektif kajian
    Kumpulan sasaran
    Perancangan tindakan
    Cara mengumpul data


     Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)

  •   Hanya menggunakan kata kunci atau frasa
  •   Juga dalam bentuk nombor, tajuk, dan tajuk kecil
  •   Jika anda ingin sesuatu yang lebih konkrit, bagaimanapun, anda boleh memilih untuk        menggunakan sengkang.
    Nota Bentuk Jadual (Column Notes)
  •    Biasa digunakan untuk subjek matematik dan sains
  •    Dan biasanya digunakan juga untuk membaca membeza sesuatu tajuk
    Nota Rumusan ( Summary Notes)
  •   Tertumpu kepada rumusan sesuatu teks
  •   Ditulis dalam bentuk perenggan
  •   Maklumat dikecilkan atau diringkaskan
5.2.ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK

DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan  pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang  proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah  dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.


JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN

-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK

    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri             
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut

PETA MINDA

Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.

Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMETAAN I-THINK:

1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.



TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI


TEKNIK SOKRATIK

Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah à peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan

1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah

Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?




SOALAN BERCAPAH                    


  • Aras tinggi 
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran


SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif 
LINGKARAN SOALAN
  • Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
  • Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).

ALAT-ALAT CORT 1

Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :

1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan

TEKNIK-TEKNIK CoRT :

    1.PMI ( Plus Minus Interesting )

       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
     
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
       -kaji kesan terhadap orang lain


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV

1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian 
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep


BAB 4:TEKNIK MEMBACA

Pembacaan Cepat & Perlahan
4.1.Pembacaan Cepat Speed Reading
  • -Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
  • -Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
  • -Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.



TUJUAN
  • -Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
  • -Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
  • -Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
  • -Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
  • -Menjimatkan masa dan tenaga.
  • -Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
  • -Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
  • -Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.



SKIMMING
  • -Teknik bacaan pantas sementara.
  • -Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
  • -Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
  • -Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
  • -Hanya kepantasan dititik beratkan.
  • -Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.




SCANNING
  • -Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
  • -Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
  • -Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
  • -Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
  • -Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.




4.2.Pembacaan Perlahan Slow Reading
  • -Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
  • -Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
  • -Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.



TUJUAN

  • -Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
  • -Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
  • -Menilai dan menganalisis penulisan.

MANFAAT
  • -Lebih memahamai bahan bacaan.
  • -Mudah untuk mengingati isi-isi penting.

SQ3R
  • -Survey (Teroka)
  • -Question (Tanya)
  • -Read (Baca)
  • -Recite (Sebut)
  • -Review (Ulang)

KWLH
  • -Know (Perlu Diketahui)
  • -Want (Hendak Diketahui)
  • -Learn (Telah Dipelajari)
  • -How (Cara untuk Belajar)