Ahad, 25 September 2016

BAB 7:APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1.PERISIAN UTILITI

  • Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi.
  • Perisian utiliti terbahagi kepada dua bahagian :

1) Os based utility ; terdiri daripada 2 jenis :

i) Disk Scanner
Salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows.
Digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer.
Kesalahan yang sering ditemui disebabkan sistem yang sering rosak, aplikasi sistem tidak ditutup dengan betul, atau adanya virus dan lain-lain.

ii) Disk Defragmenter
Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya.
Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail yang bertaburan dan mengoptimumkan penempatan pada hard drive.
Mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan


2) Non os based Utility ; terdiri daripada 2 jenis :

i) Perlindungan virus
- Wajib dipasang pada setiap komputer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan komputer daripada serangan virus.
- Untuk perlindungan yang berterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus.
- Contoh ; Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-virus.

ii) Pemampatan Data
- Digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk :
- Menjimatkan ruang penyimpanan
- Meningkatkan kelajuan penghantaran emel
- Mengurangkan masa memuatturun fail
- Contoh perisian pemampatan fail yang popular :
*WinZip
*WinRAR
*PKZIP 


7.2.PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN

 Perisian ini boleh melakukan tugas seperti :
  • sunting dokumen 
  • cari dan ganti
  • cantum emel
  • nota ka
  • fungsi matematik
  • penjana indeks
  • penjana kandungan 
  • import/eksport dokumen.


 Kelebihannya :
  • Mencipta dokumen dan menyunting semula
  • Mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dan lain-lain
  • Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip dalam cakera
  • Mencapainya di lain masa, mengubahnya atau mencetak semula

 Contoh :
  • Microsoft Word
  • Lotus  AMI Pro
  • Star Office Writter
  • Texmaker 


7.3.PERISIAN HAMPARAN KERJA

  •  Perisian hamparan kerja boleh digantikan dengan perisian hamparan elektronik


7.4.PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

  •  Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, audio, video, dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
  •  Elemen persembahan mungkin terdiri daripada teks, jadual, lukisan klip, gambar, atau grafik niaga


Kelebihannya :
  • Menarik minat penonton/pengguna
  • Memberi motivasi
  • Mudah difahami

 Contoh :
  • Microsoft Powerpoint
  • Harvard Graphic
  • Loyus Freelance


7.4.PERISIAN PENGKALAN DATA

  •  Perisian pangkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem
  •  Pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta
  • Pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk :

Jadual
Angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur

Carian
Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan

Borang
Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data

Laporan
Merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari segi pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat lain

Makro
Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatik dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain

Rekod
Satu koleksi data pada satu jadual

Modul
Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro

Objek 
Satu unit yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data seperti table, report, atau form


7.5.BLOG

  •  Blog adalah bentuk Apikasi Web. Ia dapat diakses secara online yang memiliki fungsi utama membuat tulisan-tulisan dan gambar pada setiap halaman web. Blog biasanya dibuat sesuai dengan topik dan tujuan si pengguna blog tersebut

Fungsi Blog

  Blog sebagai media searah
- Menceritakan pengalaman penulis semata-mata hanya untuk suka-suka, kemudian menutup ruang komen bagi pembaca

Blog sebagai media dua arah
- Menceritakan pengalaman penulis serta memberi peluang kepada pembaca untuk meberi komen

Blog sebagai media pelbagai tujuan

- Contohnya untuk memberi maklumat, pendidikan, mempromosi barang, dan pengiklanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan