10.1.KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Howard Gardner
(1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang
lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi.
ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN INTERPERSONAL
-Kepimpinan
-Jaringan
Perhubungan
-Kerja
Berpasukan
10.2.KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
- Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.
- Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya,apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
- Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
- Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri.
- Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari
10.3.BELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
- Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.
- Pengalaman belajar dalam bentuk komuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi.
- Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.
- Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semulajadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia.
- Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubung kait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.
Menurut McMillan dan Cavis (1986),komuniti pembelajaran
mempunyai empat ciri berikut :--
¢-Keahlian
¢-Pengaruh
¢-Memenuhi keperluan individu
¢-Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
10.4. ISU PERKONGSIAN
MAKLUMAT
~ Perkongsian maklumat menjadi satu perkara yang penting
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
organisasi.
~ Kebanyakan cara
yang digunakan untuk merealisasikan perkongsian maklumat adalah untuk
meyelesaikan sesuatu masalah.
~ Dalam perkongsian
pengetahuan, ia memfokuskan kepada output atau keputusan yang dicapai.
~ Perkongsian maklumat adalah positif dari segi perkembangan
dan inovasi, menjimatkan, meningkatkan nilai-nilai organisasi dan pembelajaran.
10.5.ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
- Perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik.
- Keputusan peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM) pada tahun 1996-2000 menunjukan pelajar perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran.
- Dapatan kajian mendapati pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta dan peraturan yang jelas.
- Pelajar lelaki lebih cenderung kepada tugasan berbentuk terbuka yang berkaitan dengan situasi yang realistik dan praktikal.
- Berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan.
- Faktor gender memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki.
- Bentuk sistem pendidikan yang mementingkan ingatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan