1.1 Konsep Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar dapat
ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang mendapatkan
pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam
dirinya. Kemahiran belajar juga turut membawa maksud sebagai proses mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya seseorang individu berilmu dan
berkemahiran. Guru bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar dan muridnya
bagi meningkatkan kemahiran belajar masing-masing.
Kemahiran belajar termasuklah:
·
Kemahiran
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan
·
Kemahiran
memproses maklumat
·
Kemahiran
menyimpan maklumat
Kemahiran berfikir pula membawa
maksud kemahiran berfikir secara kritis, berfikir secara kreatif, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam keadaan ini alat-alat berfikir akan
diaplikasikan.
strategi pembelajaran bermaksud
rancangan yang diatur atau dipilih (kaedah dan teknik) untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar
bilik darjah.terdapat sembilan jenis strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sering digunakan:
·
Pemerhatian
·
Meditif
·
Generatif
·
Koperatif
dan kolaboratif
·
Konteks
luar
·
Metakognitif
·
Kontekstual
·
Kajian
masa depan
·
Direktif
Jenis-jenis pembelajaran yang
diperkenalkan oleh pusat perkembangan kurikulum, kementerian pelajaran Malaysia:
·
Pembelajaran
berpusatkan pelajar
·
Pembelajaran
bersifatkan individu
·
Pembelajaran
berfikrah
·
Pembelajaran
berbantukan teknologi
·
Pembelajran
berasaskan otak
·
Pembelajaran
berasaskan projek
1.2 Persekitaran Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG)
1.Robert
m gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri
individu.
2. Anita
e. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang
pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku
seseorang.
3.Institut
pendidikan guru (ipg) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai
persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
4.Terdapat
lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar ppismp
dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di ipg.
5.Bimbingan
pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan
kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan
berkolaborasi.
6.Pelajar
ipg lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar
lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan
akhir bagi subjek berkenaan.
7.Di ipg,
pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber
seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan
laporan.
8.Penggunaan
pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana
terdapat banyak dan elbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan
perpustakaan.
9.Pelajar
perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam
penulisan.
10,Maklumat
yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya
dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
11.Pelajar
juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah
dilakukan.
12.Pelajar
juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu
menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
13.Pelajar
ipg lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet
bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak
bergantung kepada buku teks.
14.Pelajar
ipg perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan
buku teks.
15. Kemahiran
interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di ipg.
16. Pelajar
ipg perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri
melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta
kemahiran.
1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (self regulated learning)
1.Pembelajaran
regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai
objektif pembelajaran (pintrich, 1995).
2.Pembelajaran
regulas kendiri berpusatkan pelajar dimana pelajar membina keyakinan diri dalam
pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang
telah diperoleh.
3.Pembelajaran
regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan
pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan