Ahad, 25 September 2016

BAB 4:TEKNIK MEMBACA

Pembacaan Cepat & Perlahan
4.1.Pembacaan Cepat Speed Reading
  • -Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
  • -Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
  • -Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.



TUJUAN
  • -Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
  • -Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
  • -Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
  • -Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
  • -Menjimatkan masa dan tenaga.
  • -Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
  • -Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
  • -Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.



SKIMMING
  • -Teknik bacaan pantas sementara.
  • -Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
  • -Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
  • -Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
  • -Hanya kepantasan dititik beratkan.
  • -Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.




SCANNING
  • -Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
  • -Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
  • -Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
  • -Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
  • -Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.




4.2.Pembacaan Perlahan Slow Reading
  • -Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
  • -Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
  • -Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.



TUJUAN

  • -Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
  • -Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
  • -Menilai dan menganalisis penulisan.

MANFAAT
  • -Lebih memahamai bahan bacaan.
  • -Mudah untuk mengingati isi-isi penting.

SQ3R
  • -Survey (Teroka)
  • -Question (Tanya)
  • -Read (Baca)
  • -Recite (Sebut)
  • -Review (Ulang)

KWLH
  • -Know (Perlu Diketahui)
  • -Want (Hendak Diketahui)
  • -Learn (Telah Dipelajari)
  • -How (Cara untuk Belajar)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan