Ahad, 25 September 2016

BAB 5:KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

5.1.CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Annotation

Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting , kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . Tujuan membuat catatan adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan . Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.


Contohnya : Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan pensyarah berkaitan format penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan adalah seperti berikut :

    Isi kandungan
    Pendahuluan
    Refleksi pengalaman
    Fokus kajian
    Objektif kajian
    Kumpulan sasaran
    Perancangan tindakan
    Cara mengumpul data


     Nota Garis Lingkaran (Outline Notes)

  •   Hanya menggunakan kata kunci atau frasa
  •   Juga dalam bentuk nombor, tajuk, dan tajuk kecil
  •   Jika anda ingin sesuatu yang lebih konkrit, bagaimanapun, anda boleh memilih untuk        menggunakan sengkang.
    Nota Bentuk Jadual (Column Notes)
  •    Biasa digunakan untuk subjek matematik dan sains
  •    Dan biasanya digunakan juga untuk membaca membeza sesuatu tajuk
    Nota Rumusan ( Summary Notes)
  •   Tertumpu kepada rumusan sesuatu teks
  •   Ditulis dalam bentuk perenggan
  •   Maklumat dikecilkan atau diringkaskan
5.2.ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK

DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan memantapkan  pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan individu tentang  proses pemikiran yang berlaku. Ia juga menggambarkan secara mudah  dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya dengan aspek yang berkaitan.


JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN

-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK

    (I)       GARIS
   (II)       BULATAN
   (III)      GAMBAR
   (IV)     PERKATAAN

CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

  (I)  Merancang dan menyusun idea
  (II) Memahami proses pemikiran kendiri             
  (III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat
 (IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut

PETA MINDA

Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.

Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis.
Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMETAAN I-THINK:

1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.



TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI


TEKNIK SOKRATIK

Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 – 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah à peringkat tinggi.

Jenis-jenis Soalan

1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah

Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan

Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?

3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat?




SOALAN BERCAPAH                    


  • Aras tinggi 
  • Jawapan atau respons luas
  • Bersifat terbuka
  • Lebih bersifat subjektif
  • Sesuai menguji penaakulan dan pentaksiran


SOALAN BERTUMPU
  • Aras rendah
  • Jawapan atau respons terhad
  • Bentuk tertutup
  • Sesuai menguji daya ingatan
  • Lebih bersifat objektif 
LINGKARAN SOALAN
  • Soalan jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan   di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
  • Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I), Luar Individu (LI).

ALAT-ALAT CORT 1

Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :

1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan

TEKNIK-TEKNIK CoRT :

    1.PMI ( Plus Minus Interesting )

       -Baik, buruk, menarik
       -Meluaskan pandangan orang lain
       -Berfikir tentang kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
     
     2. CAT ( Consider All Factors)
       -Ambil kira semua faktor
       -Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran

     3. C & S ( Consequences & Sequal )
        -Kesan mengikut jangka masa
        -Kaji akibat kesan-kesan tertentu

     4. AGO ( Aim Goal Objective )
       -Tujuan matlamat6 objektif
       -Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

     5. FIP ( First Important Priorities)
        -Kepentingan Utama
        - Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

     6. OPV ( Other People View )
       -Pandangan Orang Lain
       -Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
       -kaji kesan terhadap orang lain


ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV

1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian 
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep


Tiada ulasan:

Catat Ulasan