5.1.CARA-CARA MEMBUAT NOTA
Annotation
Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting ,
kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah . Tujuan membuat catatan
adalah untuk mengenal pasti kandungan atau fokus tajuk yang dibincangkan .
Catatan disediakan dengan menggunakan pen Highlighter untuk menonjolkan
perkataan atau isi penting yang dinyatakan.
Contohnya : Kerangka isi penting kuliah yang disampaikan
pensyarah berkaitan format penulisan kertas cadangan penyelidikan tindakan
adalah seperti berikut :
Isi kandungan
Pendahuluan
Refleksi pengalaman
Fokus kajian
Objektif kajian
Kumpulan sasaran
Perancangan tindakan
Cara mengumpul data
Nota Garis Lingkaran
(Outline Notes)
- Hanya
menggunakan kata kunci atau frasa
- Juga
dalam bentuk nombor, tajuk, dan tajuk kecil
-
Jika anda ingin sesuatu yang lebih konkrit, bagaimanapun, anda boleh
memilih untuk menggunakan
sengkang.
Nota Bentuk Jadual (Column
Notes)
- Biasa
digunakan untuk subjek matematik dan sains
- Dan
biasanya digunakan juga untuk membaca membeza sesuatu tajuk
Nota Rumusan ( Summary Notes)
- Tertumpu
kepada rumusan sesuatu teks
- Ditulis
dalam bentuk perenggan
- Maklumat
dikecilkan atau diringkaskan
5.2.ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA
PENGURUSAN GRAFIK
DEFINASI : Satu bentuk ilustrasi atau lakaran. Ia digunakan
untuk membantu dan mengurus cara berfikir yang lebih tersusun dengan tujuan
memantapkan pemikiran. Pengurusan grafik juga dapat menyedarkan
individu tentang proses pemikiran yang berlaku. Ia juga
menggambarkan secara mudah dan jelas sesuatu idea dan erhubungannya
dengan aspek yang berkaitan.
JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN
-PG membanding dan membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian dan keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah
KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK
(I) GARIS
(II) BULATAN
(III) GAMBAR
(IV) PERKATAAN
CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK
(I) Merancang dan menyusun idea
(II) Memahami proses pemikiran
kendiri
(III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada
bentuk tersurat
(IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan
cara penghubungan maklumat tersebut
PETA MINDA
Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan
berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota
ringkas.
Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda
merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat,
berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
Penggunaan peta minda dapat membolehkan seseorang
menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan. Dengan menggunakan
peta minda, daya ingatan akan dapat dipertingkatkan. Pembelajaran secara
hafalan dapat digabungkan dengan peta minda dan justeru dapat menjana pemikiran
kreatif dan kritis.
Guru akan dapat membantu guru dalam perancang proses
pengajaran dan pembelajaran.
PEMETAAN I-THINK:
1.Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut
konteks.
2.Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.
3.Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4.Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5.Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada
bahagian kedua adalah bahagian utama.
6.Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7.Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa
yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8.Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI
TEKNIK SOKRATIK
Pengertian:
• Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470
– 399 SM).
• Mengutamakan penyoalan.
• Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar
secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui.
• Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis
soalan yang ditanya ; peringkat rendah à
peringkat tinggi.
Jenis-jenis Soalan
1. Peringatan
• Sangat popular
• Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran
• Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah
Cth. Siapakah pelukis potret ‘Mona Lisa’
Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?
2. Pemikiran
• Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab
• Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam
pemikiran mereka di antara beberapa faktor
• Mencari perhubungan sebab dan kesan
Cth: Apakah faktor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi
Perancis?
Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah
Melayu?
3. Pertimbangan
• Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah
• Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap
tiap-tiap kejadian
• Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan
dan pendapat guru atau pengarang buku.
Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang
kebaikan kepada Tanah Melayu?
Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada
masyarakat setempat?
SOALAN
BERCAPAH
- Aras
tinggi
- Jawapan
atau respons luas
- Bersifat
terbuka
- Lebih
bersifat subjektif
- Sesuai
menguji penaakulan dan pentaksiran
SOALAN BERTUMPU
- Aras
rendah
- Jawapan
atau respons terhad
- Bentuk
tertutup
- Sesuai
menguji daya ingatan
- Lebih
bersifat objektif
LINGKARAN SOALAN
- Soalan
jenis ini telah diperkenalakanoleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah
diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.
- Lingkaran
soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus Perkara (P), Individu (I),
Luar Individu (LI).
ALAT-ALAT CORT 1
Alat berfikir cort (Cognitive Research Trust) telah mula
diperkenalkan oleh Edward De Bono.
Alat berfikir telah terbahagi kepada 6 bahagian iaitu :
1. Keluasan persepsi
2. Organisasi proses berfikir
3. Pemikiran kritis
4. Pemikiran kreatif
5. Maklumat dan perasaan
6. Tindakan
TEKNIK-TEKNIK CoRT :
1.PMI ( Plus Minus Interesting )
-Baik, buruk,
menarik
-Meluaskan
pandangan orang lain
-Berfikir tentang
kebaikan, kelemahan dan perkara menarik tentang sesuatu perkara.
2. CAT ( Consider All
Factors)
-Ambil kira semua
faktor
-Keputusan yang
dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran
3. C & S ( Consequences
& Sequal )
-Kesan
mengikut jangka masa
-Kaji akibat
kesan-kesan tertentu
4. AGO ( Aim Goal Objective
)
-Tujuan matlamat6
objektif
-Tentukan hala
tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan
5. FIP ( First Important
Priorities)
-Kepentingan
Utama
- Kenal
pasti keutamaan yang memerlukan tindakan
6. OPV ( Other People View
)
-Pandangan Orang
Lain
-Pentingkan
pandangan dan pendapat orang lain
-kaji kesan
terhadap orang lain
ALAT-ALAT BERFIKIR CoRT IV
1.input rawak
2.mengasingkan kelemahan
3.mentakrifkan masalah
4.penilaian
5.menentukan keperluan
6.kombinasi
7.idea dominan
8.mencabar konsep